Archive | June 2013

muscle pain

Assalamualaikum,

tournament futsal dah berakhir…kami cuma dapat num 2…ok lah tu dari tak dapat apa2…

cerita gembiranya, i’m the only scorer dalam semua perlawanan…

cerita sedihnya, orang sedang menderita kesakitan…muscle pain…sakit yang teramat sangat..tak tahu lah kalau ada muscle yang koyak. degil taknak jumpa doktor. tanggunglah sorang2…

sakitnya tak dapat digambarkan. airmata tunggu untuk tumpah. bila ada kawan yang sentuh paha tu, automatik air mata mencurah. bukan sengaja. bukan marahkan dia. tapi dah terlalu lama menahan sakit. maaf, nani bukan sengaja menangis, nani tak marahkan akak. tapi nani dah terlampau sakit.

datang kerja walaupun masih kesakitan. jalan macam orang dalam pantang. sabar je bila diketawakan. ini bukan main2, ini bukan rekaan. ini serius…

buat masa sekarang memang terasa sangat rindukan encik tunang. hanya dia yang memahami. hanya dia yang tahu segala kesakitan. tapi dia jauh… 😦

doakan nani cepat sembuh. doakan tiada kecederaan serius..amiinnn…

hormati cara orang lain

Assalamualaikum,

hye all…

how’s your day?semoga baik2 saja..hari orang pon ok, tak sesibuk mana sampai tak tahu nk buat kerja apa..kadang rasa macam datang keja tapi makan gaji buta je hahaha. lebih banyak masa dihabiskan dengan online daripada buat kerja. dah tu nk buat ape lagi?nk pegi ligan debtor yang liat nak bayar hutang?jom lah kite..sonok jugak kannnn…

em waktu lunch tadi ada la perbualan yang sikit menyakitkan hati. alkisahnya bila orang makan menggunakan sudu sedangkan mereka yang lain menggunakan jari mereka yang tulus mulus tu..

kata mereka ‘tak nikmat makan dengan sudu’ dan orang jawab ‘nani rasa x nikmat kalau makan makanan yang di tapau dengan tangan. makan nasik lemak ponrasa tak nikmat kalau makan dengan tangan’

then one of my friend cakap ‘kita orang melayu makan la pakai tangan’

dalam hati orang dah menjawab ‘kenapa kalau aku melayu tak boleh ke makan pakai sudu’???tapi jawab dalam hati jelah. waktu tu dok fikir nak jaga hati kawan2. tapi mereka menjadi lebih sinis. sampai keluarlah bab mak mertua. kata seorang dari mereka ‘nanti mertua jeling je kalau makan pakai sudu’.. hati dah makin geram dan orang pon jawab ‘kalau dia jeling kita jeling la balik’.

then dia jawab balik ‘sekarang berani la cakap camtu. cakap belakang boleh la. nanti hang menangis air mata darah la’. hey whats wrong with u?kalau korang rasa nak jadi perempuan melayu terakhir sangat just go on with your style lah. berdosa ke aku nak makan pakai sudu?ada aku kacau hidup korang ke?salah ke pakai sudu je pon?apa yang salahnya???

then orang jawab ‘lain orang lain la caranya’

dia jawab ‘ok2 menang kat nani la’….

suasana sunyi sebentar…

then dia cakap lagi ‘bak kata orang masuk kandang harimau aum2..’. kau tak puas hati apa lagi?apa besar sangat ke salah aku makan pakai sudu?tolong lah…tolong lah… terimalah cara orang lain. aku sendiri tak tegur cara korang pon. bukan ni je,.sampaikan ada perkataan kedah yang orang tak faham pon akan diperli oleh dorang. hello!!aku memang orang kedah tapi tak semestinya aku kena faham bahasa kedah korang tu. jangan sampai aku cakap korang tu dok ulu! jaga hati orang sama ok! family aku sendiri pon tak cakap bahasa kedah pekat ulu macam hampa tu,so jangan assume yang aku faham semua yang hampa cakap!

ok tamat sudah sesi luahan hati untuk hari ni. saja je meluahkan kat sini sementara tunggu waktu balik pukul 6 japgi hahaha…kalaulah ditakdirkan korang yang terlibat tu jumpa blog aku ni, dan baca entry ni, suka hati korang lah nk marah ke apa ke. aku sendiri pon sakit hati dengan sikap korang.

ok till then. c ya

mood shopping

Assalamualaikum,

monday blues?no no no…

mood shopping dah datang…berkobar2 nk shopping *tak sedar diri duit dalam bank dah susut, cukup2 makan sampai gaji je*. argghhhh nk shopping jugak…window shopping hihi..tunggu gaji nanti kita shopping. sekarang jamu mata je dulu, aim benda apa yang nak dibeli hihi…

mood perempuan memang mudah berubah2. hari tu pegi kl memang langsung takde napsu nak shopping. maklumlah duit dah banyak hanis waktu majlis haritu huhu. sekarang dok menghitung hari nak dapat gaji pulak. dah makin hampir harinya makin gedik la rasa nk shopping bhahahaha… korang camne?

tapiiiii…dapat gaji nnt nk kena bayar OP uwaaaa…katanya gambar dah nak siap… *nanges*..heharap gaji yang short 2 bulan lepas tu akan dimasukkan bulan ni. boleh la cover untuk bayar OP. mementang la orang ni pekerja baru kan, bila ada pelarasan gaji a.k.a kenaikan gaji dibuatnya macam tak nampak je. sampai hati buat orang gini sob3…

sekarang sibuk survey OP untuk wedding nanti. bajet tak banyak huhu. mesti bawah 2k je, mesti! encik tunang tu suka bebel jugak kalau bab perbelanjaan yang tinggi ni. katanya ‘baik beli kamera ja, pastu suruh sesapa tangkap gambar’. *geram*. yela org tau la dgn 2k dah boleh beli DSLR (yang murah2 jelah), tapi mana nk cr member2 yang pro tangkap gambar, yang rajin nk edit untuk kita, yang boleh bagi komitmen dari awal sampai akhir majlis. plus belum tentu kita puas hati,. kang masam muka plak ngan kawan tu. tak best la gitu kannn…

encik tunang, jgn risau ok…cik tunang awak ni kan bakal pengantin bajet…orang akan cuba cari pakej yang paling berbaloi. nak gambar cantik silalah senyum lebar2 nanti! ni bergambo pon taknak senyum huhu… ok orang faham, kita berdua memang tak pandai senyum huhu…

tu jelah untuk kali ni. nak sambung window shopping…babai uols…

c ya

wedding theme

Assalamualaikum,

hye all…

keje hari ni dah setel.tadi meja semak bukan main, sekarang dah lapang.bosan pulak tengok meja dah lapang, macam takde keje je nk buat. so sekarang kita jamu mata tengok2 tema kawin, baju2 lawa2, pakej perkahwinan, fotografi dan sewaktu dengannya.

orang memang berkenan dengan tiffany. walaupun orang sendiri tak pasti samada warna tu sesuai dengan orang. so warna tu pengantin masih pending., warna untuk family adalah kuning. warna untuk bestie masih lagi dipertimbangkan, samada warna dusty pink atau baby pink. ada kawan suggest dusty pink. warna tu kan tengah in sekarang.

jom kita tengok gabungan warna kuning+tiffany

Image

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

cantik tak? orang suka sangat gabungan warna ni. lain la sikit dari yang orang lain selalu guna…cun cun cun!

ni pulak gabungan kuning dan pink (baby pink and dusty pink), juga palet rona pastel

Image

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

Image

 

em rasa macam nk demam dah ni…apesal cantik sangat gabungan ni???

tak sabar nk g beli kain utk family members dan bestie..kena tunggu gaji dulu la hahaha…

insyaAllah warna untuk dorang memang antara warna-warna ni je. dah serabut nak fikir warna lain. kalau dok cr warna lain kang jadi macam lalang pulak, kejap ke sana kejap ke sini. kejap nak itu kejap nak ini kannn…..

ape pon orang tetap sukakan pastel. dok pilih warna je tapi belum jumpa bridal. kalau xde warna yang nk tu cane? dah kena buat baju baru. mana ada bajet huhu. kita kan pengantin bajet huhu…

doakan semuanya berjalan lancar ok. amiinnn…

c ya

quick update: my e-day

Assalamualaikum,

hye all…lamanya tak update..lama betul membiarkan blog ni terbengkalai. nak kata sibuk sangat dengan kerja tu takde la sibuk sangat.

nak update tentang engagement hari tu pon orang belum dapat gambar dari OP..gambar dari fon dan tab ada la, tapi tak boleh pulak nk transfer ke pc since my charger+cable hilang di sabah dulu huhu..

tapi nk jugak upload gambar untuk tatapan semua…hahaha…tak puas pon nak jamu mata, ada bape keping je gambar. meh tengok

Image

ni selepas sarung cincin. dari kiri tu nenek orang. orang panggil mak sebab dr kecik orang tinggal dengan nenek. yang kedua tu haruslah org kan hehe…watak utama hari tu. yang ketiga dari kiri tu adalah mak encik tunang a.k.a my future mother in law.. dan yang paling kanan tu pulak nenek encik tunang.

Image

ini pulak masa outdoor. kami pegi outdoor di taman jubli perak (taman rimba). taman ni cantik tapi terlalu banyak plastik sampah yang belum dikutip huhu…cacat gambar. dah tu orang letak pulak tisu kat riba…adoi la, bertambah rosak gambar T_T

Image

ini Iffah, kawan dari UUM. Iffah datang lepas asar, waktu orang balik dari outdoor. veil pon dah bukak. tapi masih comel kan hihi…

FYI hantaran, shawl, veil, HB, mini pelamin semua tu orang buat sendiri… hiasan hantaran dan mini pelamin je dibantu sikit2 oleh my aunt, my sis n my cousin. sangat puas hati dengan hasilnya.. gambar hantaran yang atas ni adalah dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.

nak tunggu next update memang kena tgu gambar2 dari OP lah nampaknya. lupa nk pesan   kat OP supaya amek gmbr hantaran dan makanan. harap2 ada lah…

ok lain kali orang cita lagi…

c ya 🙂

Â