review 1: baju nikah

Assalamualaikum,

hye semua..

dah berapa hari orang tak jenguk blog ni. sejak sebelum wedding sampailah sekarang, kerja di pejabat banyak sangat. cuti kahwin pun dorang call, tension jadinya huhu. dan dengan sebab tu jugak orang tak sempat nak jenguk blog ni, apatah lagi nak update.lagipun gambar belum dapat dari OP, lagi la tak semangat nak update. tapi hari ni rasa nak update pulak hihi. godek2 pc terjumpa la sikit gambar persalinan nikah tu.

orang tak tempah pun baju nikah tu, orang beli yang ready-made je, senang. tak perlu susah2 fikir material apa nak beli, berapa meter kain nk guna, mana nak cari tailor yang bagus, risau baju tu nanti tak seperti yang diharapkan, dan macam2 lagi la. so akhirnya, ajak tunang (sekarang dah jadi suami) jalan2 di jalan TAR dekat2 nak raya puasa lepas. kami sampai jalan TAR pun dah dekat pukul 10 malam sebab jalan sesak terlampau. makanya dah banyak kedai yang tutup. waktu tu rasa takde harapan dah nk beli baju nikah kat situ.

Tapiiiii……..rezeki menyebelahi kami hihi. sampai kat kedai paling hujung bersebelahan masjid india tu, orang ternampak baju ni, yang menarik perhatian orang. tanya saiz, tanya warna, terus mintak untuk fitting. and we love it! tak payah fikir panjang, terus confirm nak beli, bayar dan blah dari kesesakan manusia hihi. akhirnya dapat jugak baju idaman, mini kurung moden hihi.

baju ni asalnya warna off-white, dengan pearl warna yang sama. so warnanya agak tidak menyerlah. makanyaaaaaaaaaaa…..dengan kerajinan yang tak berapa banyak, orang tambah pearl warna sweet pink hihi. inilah hasil keras tangan orang

Image

close up sikit

Image

 

ini jelah yang mampu dihasilkan. love it!

alhamdulillah, ramai yang puji baju ni. bukan pujiorang yang pakai pun, sentap tau hihi…

ni pulak sekeping gambar yang OP upload

Image

 

sukanyaaaaa!!!

total cost untuk baju orang je kurang dari 300. agak2 berbaloi tak?

lain hari orang update yang lain pulak. got to go, c ya..

25 thoughts on “review 1: baju nikah

  1. Akak… nk tnya.. yg betul betul sebelah masjid india tu ea.. yg ade byk jual baju baju ala ala kawen tu ea akak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s